Friday, October 11, 2013

Selamat Hari Raya Iedul Adha...

Beberapa hari lagi kita akan menyambut perayaan Hari Raya Iedul Adha. Pada hari tersebut, jutaan umat Islam berada di Mekah bagi menunaikan Rukun Islam yang kelima. Mudah-mudahan mendapat Haji yang mabrur. Bagi kita yang berada disini, ibadah Qurban adalah menjadi kelaziman yang dilaksanakan di mana haiwan Al-An'am seperti lembu, kambing, unta dan seumpamanya. Ibadah Qurban menuntut kita untuk berkorban jiwa dan raga ke jalan Allah dengan penuh keikhlasan dan kesabaran bagi mendapat keredhaanNya. Bagi kalian yang pulang ke kampung sempena cuti yang panjang ini, diharap berhati-hati di jalan raya dan selamat sampai ke destinasi.. Marilah sama-sama kita menghayati ibadah Qurban ini. Selamat Hari Raya Iedul Adha....